Thursday, July 19, 2012

Tahniah !!!

Salam...
(بارك الله) The Blessings of Allah  (be upon u) Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma.  Wa Jamaah baina kuma fii khair. Temeterailah ikatan kasih sayang yang tulus suci Fazlina Bt Othman dan suami tercinta Syamsul Amir Md Zain pada tangga 14 Julai 2012. Semoga Kekal Abadi. Sebagaian gambar yang diperolehi. 


LISTEN FOR THIS SONG I CLICK |










Kepada kedua-dua mempelai mungkin anda tidak mengenali saya tetapi saya amat mengenali kamu... dan yang terakhir.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

p/s: Khas untuk kamu


Tahniah !!!-

Saturday, December 31, 2011

Tips - Persiapan Memancing


Dalam dunia memancing, kita perlu tahu apakah persiapan sebelum pergi memancing. Segala kelengkapan perlu disediakan agar tidak timbul masalah semasa pergi memancing. Persiapan yang perlu dilakukan bukan sekadar mempunyai joran dan umpan yang baik tetapi juga keperluan lain. Keperluan ini tidak kurang pentingnya sebab tanpa keperluan-keperluan ini ia akan menimbulkan masalah kepada para pemancing.

Ini yang dapat membezakan antara pemancing yang berpengalaman dan tidak berpengalaman, antara pemancing berilmu ataupun kurang berilmu. Persediaan fizikal dan mental juga penting dalam memancing. Mari kita lihat apakah peralatan yang diperlukan sebelum kita turun memancing.


Peralatan seperti berikut :

Kelengkapan alat untuk memancing

Peralatan yang paling asas bagi seorang pemancing adalah joran dan mata kail. Tambahan kepada itu adalah umpan, enjin, minyak enjin dan sauh. Enjin, minyak dan sauh diperlukan bagi orang yang ingin memancing di tengah laut dan sungai. Joran, mata kail dan umpan pula berbeza bergantung kepada ikan yang ingin ditangkap.

Jaket keselamatan

Jaket keselamatan perlu ada untuk tujuan keselamatan terutama pada orang yang tidak tahu berenang. Walaupun seseorang itu berkemahiran berenang skalipun jika bermancing di kawasan berombak besar mungkin akan menyebabkan seseorang itu paning dan lemas. Adalah baiknya jika dipakaikan jaket keselamatan ini kerana malang tidak berbau.

Makanan dan minuman



Bekalan makan dan minum. Ini salah satu peralatan peting sewaktu memancing di laut misalnya kerana penhaidratan air dari tubuh badan akan berlaku maka seseorang pemancing itu perlu minum banyak air bagi mengelak dari berlaku gejala ptam dan sebagainya. Makanan dan minuman ringan ini mampu memberikan tenaga segera. Oleh itu jangan lupa membawanya.

Baju Hujan

Baju hujan digunakan untuk melindungi diri dari hujan. Kesejukan akibat hujan boleh menyebabkan badan terasa lemah dan mengalami hiportemia ataupun kesejukan terlampau yang boleh menyebabkan kekejangan ataupun pengsan.

Baju lengan panjang


Baju labuh atau bertangan panjang bagi melindungi diri dari panas, gigitan nyamuk dan agas.

Topi


Topi bagi berteduh daripada panas dan hujan. Gunakan topi yang bersesuai untuk acara memancing agar ia lebih memberi keselesaan kepada para pemancing.

Ubat-ubatan



Ubat-ubatan bagi kecemasan ataupun berasa kurang selesa. Ia perlu ada bagi setiap orang pemancing.

Tali



Tali bagi tujuan khas, digunakan untuk memanjangkan tali sauh atau digunakan untuk tujuan penyelamatan

Pisau


Pisau ataupun parang. Ini penting bagi mempertahankan diri. Boleh digunakan untuk membuang mata kail ynag terlekat pada ikan yang berduri ataupun memotong ekor ikan pari yang berbisa. Simpan di tempat yang selamat dan jahui daripada kena-kanak. 

 Sarung tangan


Walaupun nampak remeh tetapi banyak kegunaannya. Perlu untuk menarik tali pancing yang tersangkut, untuk dibuat lap tangan yang kotor dan banyak lagi.

Wisel


Wisel untuk kecemasan (termasuk jika ingin memohon bantuan jika engin rosak ataupon sedang terapong bersama life jaket. Tiupan wisel boleh menarik perhatian kaki pancing yang lain untuk datang menyelamatkan mangsa

Beg Kalis AIr


Beg kalis air sebagai tempat meletak beg serta barang pancing jika hujan. Ia boleh melindungi peralatan elektronik seperti jam tangan, telefon bimbit, manual sonar, radio dll dari terkena hujan. Dinasihatkan agar mngurangkan penggunaan plastik kerana amalan mesra alam perlu ada pada seseorang pemancing itu.

Coleman
 

 Ini penting sebagai tempat mengisi hasil tangkapan.

Lampu suluh dan ubat nyamuk


Lampu suluh, lampu ayam dan ubat nyamuk jika ingin memancing malam. Ini semuanya perlatan asas bagi memancing.


Banyak bukan? Nampak macam mudah sahaja pergi memancing, namun begitu apabila salah satu peralatan tidak disertakan mungkin menimbulkan masalah tertentu. Ini yang orang katakan “Kalau ingin memancing, buat cara hendak memancing.”

Persediaan sebelum memancing amat penting bagi menghasilkan suasana memancing yang kondusif yang akan memberikan pulngan yang selesa dan lumayan tanpa dipengaruhi oleh masalah-masalah yang remeh temeh dalam situsai memancing. Sekian terima kasih.






Tips - Persiapan Memancing-

Tips Memancing - MABUK LAUT



" Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba 
saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. 
Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk"



Apakah mabuk laut?

Mabuk laut ialah satu bentuk mabuk perjalanan berunsur satu perasaan rasa loya, dalam kes-kes ekstrem, pening, mengalami selepas menghabiskan masa pada satu aktiviti  diatas air.

Sesetengah orang agak mudah terpengaruh untuk keadaan itu dengan perangsang kecil dan akan berasa mabuk laut hanya dengan menetapkan kaki pada sebuah bot, sekalipun kapal dalam keadan yang statik . Sesetengah orang malah telah mendakwa mengalami mabuk laut bila meilhat program-program televisyen bertemakan nautika.

Bila terjadinya???

* dalam gerabak kereta api
* dalam kereta
* dalam kapal terbang
* pada buaian
* ketika melihat dari sebuah cenuram tinggi di mana objek-objek diketahui, dan menjadi 
  jauh.
* ketika berjalan pada satu dinding atau bumbung
* ketika melihat secara langsung sehingga sekeping atap
* ketika melihat bintang-bintang dalam kemuncak dan sebagainya.

Cara untuk mengatasi mabuk laut.

Ada banyak cara sebenarnya,

Sebelum berangkat menaiki kapal, seelok dan sebaiknya pastikan perut tidak kosong, tetapi jangan terlalu kenyang dan bagi yang tidak percaya diri boleh minum ubat anti mabuk kurang lebih 15 minit sebelum naik ke laut. Pilih tempat yang teduh tidak panas serta cari tempat udara yang bagus, dan tidak terperap. Kalau boleh, cari air dan berada ruangan yang ber-Air Cond.

Tenangkan fikiran, jangan terbawa rasa takut, kerana rasa takut akan timbul 5 minit sesudah kapal berangkat dan lepas dari pelabuhan.

Bagi yang mulai terasa mual dan p ening sebaiknya mencuba menarik nafas dalam keadaan yang secara teratur. Siapkan kantung plastik untuk muntah jika tak dapat dicegah. Kapal tidak akan berhenti walaupun anda muntah. Sebabnya  sekiranya kapal berhenti, goncangan ombak akan menghantam badan kapal dan akan lebih mengakibatkan pusing dan mual.

Yang dibawah ini lebih sesuai untuk kaki pancing, tapi terpulang juga, boleh juga kita ambil tips ini ya.

  1. Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
  2. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
  3. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata, limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
  4. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
  5. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
  6. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
  7. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
  8. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.
Selamat mencuba....Kalau ada petua yang sesuai silalah komen dibawah.
Tips Memancing - MABUK LAUT-